Friday, March 11, 2011

Pengumuman!!!

Mulai hari ini, saya bakal berpindah ke laman berikut:

http://hcszuitm90.blogspot.com/

Saturday, January 9, 2010

KKI Ke Arah Merealisasikan creARTivity of Islam

Sempena Kursus Kefahaman Islam (KKI) yang akan diadakan pada 15-17 Januari ini, satu gagasan dakwah baru berasaskan seni bakal diperkenalkan pada program ini. Dikenali sebagai creARTivity of Islam, ia adalah satu gagasan di mana elemen seni lukis serta kesenian Islam digunapakai dalam menggerakkan dakwah. Pernah digagaskan dalam satu mesyuarat tabligh pada 11 November 2009, gagasan ini memberi kesedaran tentang pentingnya kesenian Islam dalam aliran dakwah masa kini serta kewujudan kesenian Islam terutamanya seni lukis.

Beberapa aktiviti bakal dirangka di bawah creARTivity of Islam dengan kerjasama JKI-CITU, FSSR Sarawak, GRADES serta MPP. Antaranya Minggu Kesenian Islam (MKIS) sempena Maulidur Rasul, Festial Hadrah UiTMKS, Pertandingan Menulis Khat, Perarakan Maulidur Rasul & Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat UiTMKS, Ceramah Kesenian Islam, Malam Kesenian Islam dam banyak lagi.

Sempena creARTivity of Islam juga, JPMQ bakal melancarkan logo baru JPMQ secara rasminya. Semoga apa yang saya cuba usahakan ini diberkati oleh Allah. Sekiranya saya ada buat silap & salah, itu datang dari diri saya sendiri kerana kita ni manusia biasa yg tak maksum.

Friday, January 1, 2010

Koleksi Gambar@flickr

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa anda boleh melihat hasil fotografi yang telah saya hasilkan di flickr.com. Untuk memasuki laman flickr saya, sila layari http://www.flickr.com/photos/hcszuitm10/

Ini adalah sebahagian daripada gambar yang telah saya upload dalam flickr:
Anda semua dijemput.

Sunday, September 13, 2009

Forum Di Manakah Auratku

Pada14 Ogos lepas, satu forum bertajuk 'Di Manakah Auratku' telah diadakan di Dewan Kuliah 1 dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam CITU Sarawak dengan kerjasama Jatankuasa Perwakilan Masjid al-Qurawiyyin (JPMQ). Forum ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan pelajar Muslim UiTM. Segalanya telah berjalan dengan lancarnya setelah kesemua perancangan telah diatur. Pada asalnya, program ini dijadikan sebagai sebahagian daripada program di bawah Kursus Kefahaman Islam (KKI) yang sepatutnya dijadualkan pada 14-16 Ogos, namun kursus ini telah ditangguhkan sekali lagi buat kali kedua berikutan penularan wabak H1N1 yang semakin kritikal.

Selesai bacaan doa, majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh sebuah kumpulan nasyid dari UiTM sendiri. Kemudian, pelajar-pelajar akan disajikan dengan tayangan slide-show yang memaparkan cara sebenar dalam menutup aurat serta kesalahan yang dibuat oleh sesetengah orang berhubung isu aurat. Tayangan slide-show ini jelas telah menarik perhatian ratusan pelajar yang hadir pada forum ini.

Kemudian, forum dimulakan dengan Ustaz Illyas, pegawai agama UiTM sebagai modulator forum bagi mengendalikan forum ini. Dua orang panel telah dijemput ke forum ini, iaitu Ustaz Hasfa Bakri dari Jakim Sarawak serta Ustaz Tamri Arrin dari Hikmah Kota Samarahan. Antara isu-isu yang diketengahkan dalam forum ini adalah seperti masalah aurat, globalisasi masa kini serta isu berfesyen. Secara kesimpulannya, dapat kita huraikan bahawa berfesyen tidak salah di sisi Islam, tetapi batas aurat juga perlu dijaga.

Setelah tamat forum, pelajar-pelajar dipersembahkan sekali lagi dengan persembahan nasyid sebagai penutup tirai. Jelas ternyata bahawa forum ini telah dianggap berjaya pada keseluruhannya disamping berjaya menarik sebilangan pelajar menghadirinya. Di atas permintaan beberapa orang pelajar, kami di JPMQ telah berbincang untuk mengedarkan slide-show yang telah disiarkan pada hari tersebut kepada pelajar-pelajar UiTM. Insya Allah.

Thursday, July 23, 2009

Kami kini di JPMQ!

Pada malam jumaat lepas (semalam, 23 Julai), satu pemilihan barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Perwakilan Masjid al-Qurawiyyin atau JPMQ (dahulu dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Surau atau JPS) telahpun dibuat dimana saya adalah antara yang telah dipilih untuk menganggotai barisan jawatankuasa ini bagi sesi 2009/2010 dalam lajnah (exco) kebajikan. Untuk sesi 2009/2010, agenda pertama kami adalah Kursus Kefahaman Islam (KKI) yang akan diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos ini dimana kami akan terbabit secara tidak langsung sebagai fasilitator KKI. Keanggotaan dalam JPMQ juga adalah keanggotaan pertama seorang pelajar jurusan Art n Design (saya le) dalam JPMQ dalam usaha menyampaikan dakwah melalui seni lukis. Semoga apa yang kami kerjakan pada masa akan datang ini akan diredhai Allah. Insya Allah.

Tuesday, May 5, 2009

Doakan Kejayaan Kami

Alhamdulillah. Kami baru sahaja habis menghadapi peperiksaan akhir UiTM dengan kertas ATH105 sebagai kertas terakhir pada kali ini. Walau bagaimanapun, kami masih belum berapa yakin lagi bahawa adakah kami akan lulus & still stay dkt UiTM pada next semester serta meneruskan pengajian dalam AD111 (Grafik) pada sem 2/part2 atau gagal (kurang daripada CGPA 2.00) & diberhentikan? Ini kerana ada beberapa kertas yang kami tidak yaki boleh lulus kerana kami kurang yakin dgn jawapan yang kami berikan sama ada betul ataupun sebaliknya.

Kami berharap agar saudara-saudaraku yg membaca blogsite kami ini medoakan kejayaan kami semoga kami beroleh keputusan cemerlang (Dean List? Insya Allah) pada semester ini serta kekal berada di UiTM sehingga ke tahun akhir (Sem 6/Part 6). Insya Allah...

Sunday, May 3, 2009

Sumbangan




Kami di sini ingin menminta sedikit sumbangan utk dua perkara berikut:

  1. Membeli ubat nyamuk jenis aerosol bagi kegunaan Masjid UiTM.
  2. Dana utk projek AD111 (Diploma in Graphic Design UiTM) pada semester hadapan.

Ketika kami ingin beriktikaf di masjid , kami selalu mengalami kegatalan & merasakan bahawa ini berpunca daripada nyamuk (perasan ada bunyi nyamuk) sehingga kami tidak tenang utk tidur lena. Oleh yang demikian, kami memerlukan setin ubat nyamuk jenis aerosol bagi tujuan menghalang nyamuk-nyamuk ini dari menggangu kami sepanjang malam.

Pada semester hadapan, kod kursus kami, AD110 akan bertukar kepada AD111 iaitu kod bagi program Diploma in Graphic Design (salah satu cabang Art n Design). Kami tidak mempunyai kamera digital (jenis SLR) serta laptop sendiri. Sedangkan untuk program ini, kedua-dua barang ini sangat penting untuk projek kami. Tapi apakan daya, kami tidak mempunyai duit sebanyak itu. Kami juga perlu membeli Illustrator, Photoshop, 3D Max, Premier dan lain-lain. Kami juga masih belum ada PTPTN lagi.

Kepada yang prihatin, sila layari laman blog ini serta layari http://profiles.friendster.com/herobomba/ (Friendster) ataupun http://www.myspace.com/herobomba90/ (MySpace) . Untuk memberi sumbangan bagi tujuan pembelian ubat nyamuk, anda boleh menelefon kami di 014-578 4580 dgn syarat anda adalah pelajar UiTM Sarawak. Untuk sumbangan projek AD111 pula, anda boleh salurkan dalam akaun mbb nombor: 162405033398. Semoga sumbangan anda diberkati Allah SWT. Amin.