Sunday, March 15, 2009

Kemunculan Hero Bomba Baru

Pada hari ini saya telah digelar 'hero bomba' setelah pasukan kami, iaitu pasukan Bomba telah memenangi kejuaraan Larian Merentas Halangan Piala Pengarah bagi kategori lelaki mengatasi gergasi larian merentas halangan, Palapes Udara semalam.  Kini saya adalah hero bomba tahap 3 bintang (1 bintang ketika perkhemahan di Santubong, 1 bintang lagi kerana menyertai Larian Merentas Halangan & 1 bintang lagi kerana memenangi kejuaraan kategori lelaki). Kami telah meredah lumpur sehingga lumpur membasahi pakaian kami. Kami terpaksa memanjat piramid yang cerun & licin. Kini kami adalah orang yang berani untuk berhadapan dengan cabaran. Hidup BOMBA!!!!!! HERO BOMBA BOLEH!!!!!!!!